Neon (Siri Pengenalan)

Langit malam itu ditenungnya bersilih ganti dengan bentangan cahaya neon di kota lama yang sedang membangun, kota yang dia kira seangkatan dengan Kuala Lumpur yang agak ternama itu.
‘Ada kosong ni, Paksu dah bagitahu jawatankuasa nama kamu. Jadi nanti kalau boleh beri jawapan secepatnya…’
Sayup suara tua itu dari corong talifonnya, membelek kembali memori.
1
Cengkerik dan rakan neonnya berbunyian riang. Pantas anak muda berkaca mata itu bangun mencapai lampu suluhnya. Baru melangkah sahaja mendebar jantungnya. Huh, siapa tahu pun! Lincah hatinya menyiram rasa. Bertingkah dengan perasaan dan debarnya. Seorang lelaki separuh abad di lihatnya sudah menyandar tubuh di sisi motor putih yang di parker di luar berdekatan bilik kecil itu. Berkepul-kepul asap berlarian keluar dari mulut lelaki yang dipanggilnya Pak Budi itu.
‘Aku isap sebab sejuk tunggu kau…’
Datar suara serak Pak Budi. Nuaym tersenyum melebar. Belum lagi terluah usikan yang menyelinap di hatinya, lelaki itu sudah menyambut.
‘Pak Budi tahu? Rokok sudah pernah di fatwakan haram dan kini majlis fatwa kita sekali lagi membangkit hal sama…’
Soalan berserta jawapan itu sengaja di lepasnya buat memancing akal lelaki yang seperti bapanya itu. Pak Budi menghembus lambat-lambat, dan belum pun hampir separuh rokok itu di isapnya, ia campak ke sisi kasut hitam kilatnya itu, di pijak untuk memadam bara yang tertinggal di hujung puntung. Seraya itu motor di gerakkan.
‘Saya bab halal haram ni bukanlah pakar, Cuma bila dah badan ulama’ menfatwakan haram, takut juga jadinya. Tapi kan kita tengok ya kebaikan fatwa itu, jangan lihat dari segi kesihatan, itu terlalu common dan lali bagi perokok, jadi kita fikir yang luar biasa sikit. Contohnya kaji rutin perokok. Hakikatnya mereka ini pengotor!’
Sengaja di tekannya. Dari pancaran neon itu dilihatnya Pak Budi menoleh ke arahnya seketika. Nuaym tersenyum di bangku belakang pembonceng.
‘Bukanlah pengotor apa, tetapi bila sudah merokok, rata-rata perokok akan membuang puntung di mana sahaja. Seperti buang sampah merata-rata juga…’
Anak muda itu sengaja menggerak mata kailnya. Screettt… bunyi nyaring jeritan si roda bergesel dengan bumi. Menginjak sedikit tubuh Nuaym. Motor itu berpatah balik.
‘Lagi pengotor ada yang merokok di tempat kotor terutamanya tandas. Aduh, larat ya?!’
Ayat itu di habiskan nya juga. Tidak lama motor itu berhenti betul-betul di hadapan bilik kecil tadi. Pak Budi turun, menunduk sedikit ke tanah, dan menuju ke tong sampah. Nuaym tersenyum. Kena.
‘Ah, tapi tak semua begitu kan Pak Budi.’
Nuaym menyelesaikan misinya dengan ayat terakhir itu sambil menepuk bahu belakang Pak Budi.
‘Hmm..’
Ringkas lelaki tua itu menjawab. Malam itu mereka susuri dengan berteman cahaya neon dan suara cengkerik riang. Waima, degupan jantung Nuaym tetap berlarian hebat. Seperti tahukan sesuatu kisah yang mungkin terjadi.
2
‘Berkata bijak kamu ni. Apa tidak mahu menyambung pelajaran?’
Pak Budi mula memecah sunyi pusingan kedua malam itu. Saat itu mereka menyambuk gerak di susur koridor tidak berpenghuni. Nuaym tersentak. Bukan terkejut kerana suara, tetapi terkejutkan soalan yang di Tanya. Nuaym berat jika persoalan itu di timbulkan. Berat-berat hatinya hendak menjawab. Seperti ada sesuatu yang menyekat di kerongkongan.
‘Hoi! Kamu buat apa di situ?!’
Tiba-tiba nyaring suara lelaki tua itu menyergah. Nyawa dan badan Nuaym seperti mahu berpisah di henyak suasana yang tiba-tiba. Marah sekali agaknya Pak Budi. Tetapi kenapa? Nuaym memandang ke sisi kirinya tempat beriringan Pak Bud sebentar tadi. Namun sekelip mata hilang dan kedengaran hingar bunyian tapak seperti berkejaran. Nuaym kaget.
‘Kejar! Kejar mereka!’
Jeritan yang sayup dari kejauhan. Nuaym terpinga di dalam kegelapan tanpa neon membentang.
Nuaym menghidup lampu suluhnya. Biar tiada bantuan neon. Namun, harus di gagahnya memula langkah seakan mahu menempur musuh di medan juang. Dan sekalian jantungnya berdegup semakin kencang seakan mahu sahaja tercabut dari injap dan kujur badan.
Filed under: Cerpen | 1 Comment





neon yg malap menerangi saat2 kegelapan…
neon yang indah menenangkan hati keresahan
neon yang padam memutikkan rasa…makhluk pasti binasa.